expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 19 May 2016

Nostalgia (do read this along with the song, Bimbang acoustic version, music only)

Aku rindu. Sunnguh rindu. Dah lebih sedekad waktu tu berlalu. Waktu usiaku baru sekitar 5 ke 7 tahun. Waktu yang paling banyak mengajarku tentang rasa ingin tahu. Tentang indahnya dunia. Tentang bahagianya hidup. Aku rindu itu. Sungguh.





   Dulu, ayah selalu bawa aku, kakak, dan satu-satunya adikku waktu tu, berjalan-jalan sekitar bandar Kuala Lumpur, tempat ayah mencari sesuap nasi. Mungkin bukan sesuap dah. Sebab anak dah tiga. Selesai saja bermain di pejabat ayah waktu petang, ayah akan bawa kami pusing KL. Sebab kami tiga beradik suka tengok lampu di tepi-tepi jalan. Kuat lagi memori tu.




   Masih samar-samar aku nampak lampu yang berwarna-warni tu. Sampai tengah malam kami pusing. Biasanya, aku duduk sebelah ayah. Sebab kakak dan adik gemar duduk di belakang. Aku ingat lagi, (ya Allah, sebaknya :( ) . Aku ingat lagi tiap kali aku terlelap, ayah akan sandarkan kerusi sesandar-sandarnya supaya aku dapat tidur dengan selesa. Kami akan terlelap sampailah ke rumah. Ada juga sekali dua ayah dukung. Tapi selalunya ayah akan kejutkan kami.




   Tiap kali kami bangun dalam keadaan mengantuk, ayah akan tunjukkan jarinya. "Ni nombor berapa?" . Kami akan cepat2 jawab, "dua lah papa". Ayah akan senyum. Mak sambut kami di rumah. Walaupun dah tengah malam.




   Ohh baru aku sedar. Masa tu sangat berharga. Tak mungkin aku ulang lagi. Ohh baru aku sedar. Bukan dulu aje. Sampai sekarang pun ayah akan sandarkan kerusi aku bila aku tersengguk-sengguk ngantuk. Ohhh baru aku nampak. Sampai sekarang pun ayah tak jemu pujuk aku bila aku merajuk. Berjenaka, buat lawak2 hambar, yang sebenarnya mengisi hidup kami adik-beradik. Ohh baru aku sedar. Ayah masih genggam tangan aku seeratnya tiap kali nak melintas jalan. Sampai sekarang.




   Ayah selalu pulang lewat malam sekarang. Macam dulu juga. Macam mana pun ayah letih, dia akan jenguk kami yang sedang lena. Dia akan selimutkan. Termasuk aku yang dah besar panjang ni. Ya, haritu aku pura-pura tidur sebab takut ayah tangkap tidur lambat. Akhirnya, aku nangis terharu sebab ayah selimutkan.

    Mak kata ayah terlalu manjakan kami. Hujan setitik pun susah nak sentuh kami bila ayah ada bersama. Mesti ayah payungkan. Kalau tiada payung, ayah tutup kepala kami dengan bajunya.




   Ayah. Selalu cuba isi masa kami adik-beradik dengan gelak tawa. Walaupun dia tegas, aku tahu, jauh dalam lubk hati dia, tegas itu kerana dia takut melepaskan anak-anaknya. Dia takut bila aku berjalan dengan kakak ke mana2 tanpa dia. Dia risau bila kami jauh. Aku tahu. Lebih dari mak, ayah akan lebih susah nak lepaskan aku bila aku nikah nanti. Takkan ada lelaki yang cukup baik di matanya untuk jaga aku.



   Ya Allah, aku selalu saja berangan ingin kahwin awal. Ingin bersuami. Tapi aku sedar. Aku belum puas duduk dengan ayah. Dengan mak. Aku belum puas bermanja dengan ayah. Aku belum puas pegang tangan ayah. aku belum puas peluk ayah. Ya Allah, bawalah daku bersama ayahku nanti di syurga. Aku ingin bermanja dengannya selamanya, Ya Rabbi.  Ayah, anakmu ini tak ingin membesar. Tak ingin duduk di pangkuan lelaki lain. Tapi, itulah fitrah yang kita semua kena akui. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.




Papa, alo loves you  :)

No comments:

Post a Comment