expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 22 May 2016

islamic (?)

I hate sarcasms. Kasi sentap orang dalam berdakwah? 😱 no problem :') tapi biar berpada. Teknik menyentap ni boleh apply to some people je, some akan rasa sentap tapi takdak niat nak berubah, and some or should i say, mostly akan jadi rebellious. Su kurang arif. Sentap sentapkan orang ni su setuju dalam beberapa keadaan, ada yang su kurang setuju, and I found it very rude and sarcastic at times.😞

    Apa uollss selalu cakap tu? Dakwah bilhikmah? Yeahhhh. Dengan hikmah. Dengam kebijaksanaan dan dengan cara terbaik. Takpe bro kita nak perli sikit2(correct me if I'm wrong), sebab bagi su hati manusia ni keras. Nak perli, baru sedar sikit. Tapi again, su tekankan, TAK BOLEH apply pada semua orang.⚡Kita tak tau masalah depa. And kadang ty dengan perli menyentap sentap seribu tu lah depa akan rasa macam depa jahat and taknak berubah.

Dalam hati korang: *ek eleh su ni cakap je pandai*

    Tu sebab su tulis ni. Supaya yang lebih bijak, lebih berilmu, boleh ambil pendapat su yang serba tak tahu ni sebagai idea. I mean, just as an idea. Bukan su kata su betul, hangpa kena ikut cakap su. Ehhh tak tak.. 😷

   Kita approach orang guna cara sesuai dengan dia. So no need nak update status or posts public2 semata2 nak perli orang. Macamlah kita ni ahlil jannah😞😞. Tapi ada waktu, YES PERLU. So here. Kena ada common sense lah. Pikir hati org lain. Jangan pulak mmg dah siap2 target nak perli siapa biar deep biar dia terasa gila biar dia rasa berdosa gila camtu?
Naudzubillah :'(🌿


     Depa bukan orang jahat. Entah2 depa yang kita sibuk sentapkan tu ahli jannah yang Allah dah pilih. Mungkin depa tak dibesarkan dalam suasana islamik macam kamu kamu semua. Mungkin depa punya masalah besar sgt. Tapi? Korang siap perli lagi.

   💞 Depa tak pakai tudung? Hinakah? Depa hisap vape rokok usha perempuan sana sini. Hinakah? Depa tayang muka semata2 nak pungut followers. Hinakah? Depa pi tengok konsert pi AJL lah ABPBH lah. Hinakah? Siapa engkau wahai hamba Allah nak tentukan depa hina ke tak? 🌙 Hidayah milik Allah, dan sekelip mata Allah boleh angkat darjat mereka tinggi jaaauhhhh dr kita. Tapi, yang masih tak follow syariah tu, ubahlah ye sayang. Tak terlambat lagi, tapi takut (naudzubillah), tak sempat.


   Korang tak hina, serious. Itu rahsia kamu dan Allah. Tapi janganlah selamanya kotor. Su ni haaa tak tahulah kotor macam mana di pandangan Allah :'( Janganlah begini, ummah. Teruskan dakwah dengan hikmah. Depends on what you think is best for the mad'u.

PS:🙅 I'm against social experiments on socmeds. Even if you have to do it because the lecturer told you to, do apologise after the experiment. Jangan nak tambah kacau bilau ummah yang emosi tak tentu2 ni semata-mata nak dapat A. Your temporary experiment might cause a long-term misunderstandings and create chaos. Maafkan su su tahu perlu tapi please fikirkan.


 

Nikmat

Nikmat Allah itu meliputi langit dan bumi. Baru sedar, kan? Besarnya nikmat yang Allah beri. Ada mak. Ada ayah. Ada rumah. Ada makanan. Ada nyawa. Lebih dari cukup!

   Alhamdulillah, nikmat yang Allah kurniakan ni masih Allah curahkan pada su. Su takut. Takut tunggu saat semua ni ditarik. Su rasa hidup su senang. Sampai su bimbang,gelisah, takut yang amat menunggu apa kesusahan yang Allah akan letakkan di jalan su. 🌼


   Mustahil su dapat hidup,bernafas,sampailah ke saat ini tanpa izin Allah.🍁 Everything is impossible without Allah. Of course. He's the one who created us and people before us.

   Syukur itu luas maknanya. Ada syukur kadang2. Haaaa ni yang selalu kita buat. Syukur bila dikurniakan rezeki dan hajat ditunaikan. Waktu tu lah terasa Allah amat dekat dan Maha Mengasihi kita.☔ Terasa disayangi. Syukur yang sebenar-benarnya ialah bila kita bersyukur setiap detik. Atas nafas yang masih diizinkan berhembus. Atas segala yang Allah berikan, kebaikan mahupun keburukan. Susah tau nak apply syukur all the time ni.

   Bangun pagi, sebelum ke sekolah, sarapan dgn mentega kacang Sunbear! Ehhh! Muahaha lame lame lame gila lawak su. Okay pardon my lameness.🙈 Bangun pagi, ucap Alhamdulillah. Lagi perghhh syiok lah kalau hafal doa bangun tido. Lepas solat, zikir Alhamdulillah 33x  (or more). Nak makan, ucap Alhamdulillah. Lepas makan, ucap Alhamdulillah. Pandang wajah mak ayah, ucap Alhamdulillah. Waktu2 teringat nak sebut, sebutlah Alhamdullilah!

   😻 Mungkin cuma lidah yang menzahirkan, tapi hati tak ikut sama. No worries lah! Bila bibir basah dengan zikrullah, hati kita pun qu putehh sikit demi sikit. Thank Allah for everything, for every second, even NOW. Thank him for NOW. Alhamdulillah! ❤

Thursday, 19 May 2016

Nostalgia (do read this along with the song, Bimbang acoustic version, music only)

Aku rindu. Sunnguh rindu. Dah lebih sedekad waktu tu berlalu. Waktu usiaku baru sekitar 5 ke 7 tahun. Waktu yang paling banyak mengajarku tentang rasa ingin tahu. Tentang indahnya dunia. Tentang bahagianya hidup. Aku rindu itu. Sungguh.





   Dulu, ayah selalu bawa aku, kakak, dan satu-satunya adikku waktu tu, berjalan-jalan sekitar bandar Kuala Lumpur, tempat ayah mencari sesuap nasi. Mungkin bukan sesuap dah. Sebab anak dah tiga. Selesai saja bermain di pejabat ayah waktu petang, ayah akan bawa kami pusing KL. Sebab kami tiga beradik suka tengok lampu di tepi-tepi jalan. Kuat lagi memori tu.




   Masih samar-samar aku nampak lampu yang berwarna-warni tu. Sampai tengah malam kami pusing. Biasanya, aku duduk sebelah ayah. Sebab kakak dan adik gemar duduk di belakang. Aku ingat lagi, (ya Allah, sebaknya :( ) . Aku ingat lagi tiap kali aku terlelap, ayah akan sandarkan kerusi sesandar-sandarnya supaya aku dapat tidur dengan selesa. Kami akan terlelap sampailah ke rumah. Ada juga sekali dua ayah dukung. Tapi selalunya ayah akan kejutkan kami.




   Tiap kali kami bangun dalam keadaan mengantuk, ayah akan tunjukkan jarinya. "Ni nombor berapa?" . Kami akan cepat2 jawab, "dua lah papa". Ayah akan senyum. Mak sambut kami di rumah. Walaupun dah tengah malam.




   Ohh baru aku sedar. Masa tu sangat berharga. Tak mungkin aku ulang lagi. Ohh baru aku sedar. Bukan dulu aje. Sampai sekarang pun ayah akan sandarkan kerusi aku bila aku tersengguk-sengguk ngantuk. Ohhh baru aku nampak. Sampai sekarang pun ayah tak jemu pujuk aku bila aku merajuk. Berjenaka, buat lawak2 hambar, yang sebenarnya mengisi hidup kami adik-beradik. Ohh baru aku sedar. Ayah masih genggam tangan aku seeratnya tiap kali nak melintas jalan. Sampai sekarang.




   Ayah selalu pulang lewat malam sekarang. Macam dulu juga. Macam mana pun ayah letih, dia akan jenguk kami yang sedang lena. Dia akan selimutkan. Termasuk aku yang dah besar panjang ni. Ya, haritu aku pura-pura tidur sebab takut ayah tangkap tidur lambat. Akhirnya, aku nangis terharu sebab ayah selimutkan.

    Mak kata ayah terlalu manjakan kami. Hujan setitik pun susah nak sentuh kami bila ayah ada bersama. Mesti ayah payungkan. Kalau tiada payung, ayah tutup kepala kami dengan bajunya.




   Ayah. Selalu cuba isi masa kami adik-beradik dengan gelak tawa. Walaupun dia tegas, aku tahu, jauh dalam lubk hati dia, tegas itu kerana dia takut melepaskan anak-anaknya. Dia takut bila aku berjalan dengan kakak ke mana2 tanpa dia. Dia risau bila kami jauh. Aku tahu. Lebih dari mak, ayah akan lebih susah nak lepaskan aku bila aku nikah nanti. Takkan ada lelaki yang cukup baik di matanya untuk jaga aku.



   Ya Allah, aku selalu saja berangan ingin kahwin awal. Ingin bersuami. Tapi aku sedar. Aku belum puas duduk dengan ayah. Dengan mak. Aku belum puas bermanja dengan ayah. Aku belum puas pegang tangan ayah. aku belum puas peluk ayah. Ya Allah, bawalah daku bersama ayahku nanti di syurga. Aku ingin bermanja dengannya selamanya, Ya Rabbi.  Ayah, anakmu ini tak ingin membesar. Tak ingin duduk di pangkuan lelaki lain. Tapi, itulah fitrah yang kita semua kena akui. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.




Papa, alo loves you  :)

Sunday, 8 May 2016

Allahuakbar Allahuakbar

Allahuakbar walillahil hamdu! 🍁 Allah itu satu. Tiada yang sekutu baginya. No dream is too high, no du'a is too big, not for Allah. Hayya alas solaah! Hayya alal falaah! Nak berjaya? Solatlah :') "when you put your head on the earth for sujood, you are actually putting an end to your problems"  Just a simple reminder, sisters. Kita semua dah sedia maklum, tapi tu lah manusia gemar bertangguh. Taubat pun nak tangguh, astaghfirullahu lii walakum :'(
"When you are making tawba, do not ask Allah only to forgive your sins, but to forgive you for your unfulfilled responsibilities"

To be continued after maghrib..