expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 21 September 2015

Alam

Tuhan,

Kau ciptakan kami angin,
buat pendamai hati,

Kau ciptakan kami pepohon,
buat penyejuk mata,

Kau ciptakan kami langit biru,
buat penenang jiwa,

Allah,

Saat kami alpa,
saat kami lagha,

Kau kirimkan cahaya,
agar kami dekat padaMU.

Saat kami gigih menuntut,
ilmu dan makrifatMU,

Kau kirimkan malaikat,
buat payung dan teduhan,

Rabbi,

Kami hina,
Serendah-rendah hamba,

Kerna cinta,
Kau anugerahkan alam,

Kerna kasih,
Kau cipta bintang dan bulan,

Kau lah seindah-indah zat,
Allahu,


Hambamu






Sunday, 20 September 2015

dakwah tanggungjawab bersama

Nabi Muhammad s.a.w tak pernah sedikit pun berputus asa dengan umatnya. Nabi sayang sangat pada kita. Cuba bayangkan, ada seorang anak yang berlari ke arah api. Kemudian, ibunya memeluk anak itu sekuat-kuatnya. Walaupun si anak pukul ibu, walaupun si ibu dah luka, berdarah, si ibu masih pegang si anak. Begitulah ulama' gambarkan sayangnya Nabi pada kita. Nabi pegang kita kuat2 supaya kita tak jatuh ke neraka. Rasulullah terlalu inginkan umatnya berpegang dengan agama Allah. Itulah sebabnya kita perlu teruskan perjuangan Rasulullah. sollallahu alaihi wasallam. Bayangkan perasaan Rasulullah dulu, apabila ada yang memeluk Islam, sudah tentu Rasulullah berasa sangat gembira.

Rasulullah amat sedih kerana bapa saudaranya yang tercinta, Abu Tholib, tak sempat mengucap syahadah. Ukhti ada tonton satu rancangan. Ustaz tu kata, sebesar-besar nikmat di dunia ialah bila kita kenal Allah. Bila kita boleh sebut nama Allah. Bila kita dengar nama Allah. Alangkah ruginya kalau seorang insan itu meninggalkan dunia ni tanpa kenal Allah.

Jadi, ukhti nak pesan sikit. Nasihat untuk diri ukhti, dan untuk semua insyaAllah. Kita, sebagai umat Muhammad s.a.w, selalu-selalu lah mendoakan sahabat2 kita yang masih belum kenal Allah (orang bukan Islam) supaya Allah buka pintu hatinya, supaya Allah beri kesempatan kepada mereka untuk kenal Allah. Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasululullah. Jom kita kongsi syurga sama2. Tak rugi pun, malah Allah dan rasulNYA amat kasih pada orang yang suka berdoa.

Ya Allah, bukalah hati sahabat-sahabatku,
Moga mereka sempat mengenalMU,
sempat mengucap syahadah,
kenal pada MU,
mencintaiMU,
mencintai RasulMU,
Kau tambahkanlah Ya Allah,
saudara2 seislam kami,
agar kami boleh terus,
memikul panji Rasulullah s.a.w,
hingga ke akhir hayat.

Aaamiin.

Kalau saudara saudari semua berkesempatan untuk jumpa dengan rakan-rakan yang berminat dengan agama kita, pimpinlah mereka. Berjihadlah demi Allah. Subhanallah, besarnya pahalamu, saudara. Andai engkau berjaya mengislamkan seorang saudara.


Saturday, 19 September 2015

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Ukhti geram sangat dengan certain people yang bertindak ikut sedap hati. Tak fikir pun kesannya pada orang lain. Okay the issue is, bila ada sekelompok atau satu group lah kiranya yang support A. And ada juga group yang support B. Kita semua tahu terang2 lagi memang A berada pada pihak yang betul. Tapi, disebabkan tindakan seorang dari pihak A yang entah hape hape, menyebabkan pihak B nampak betul. Kita ni apa2 pun, apa pun yang kita sokong, jagalah adab tatasusila tu. Tunjukkan peribadi yang baik. Dengar opinion setiap pihak. And try to solve it in the best way. Buat apa kita memaki, mencarut, serang orang sana sini, pukul orang, semata-mata nak tunjuk yang kita ni betul. That's totally wrong.

Sunday, 13 September 2015

Labbaikallahumma labbaik


Innal hamda wanni'mata laka walmulk la sharika laka labbaik
Surely all praise, grace and dominion is Yours, no partner have You, here I am

Irfan Makki - Waiting For The Call (highly recommended to motivate you)

Tanah haram, Masjidil Haram yang pusatnya kiblat seluruh umat Islam. Uishh. Kalau nak cerita pasal hajat ukhti nak ke sana, memang tak muat lah satu post. Tiap kali dengar 'labbaykallahummalabbayk' memang terharu sangat. Apatah lagi bila tengok siaran live dekat TV Alhijrah. Nampak ada yang beruntung dapat sentuh dinding Kaabah. (dapat pergi tu pun dah rezeki besar dah tuu). Seronoknya Ya Allah jadi tetamu Rabb. Dapat jejak ke Noble House. Setakat nampak dari jauh je. Dari tv. O Allah, I am waiting for the call :(..

Berkaitan dengan tragedi yang menimpa jemaah haji tahun ni, (berkaitan kren tumbang akibat ribut pasir) memang menyayat hati. InsyaAllah, semuanya gugur syaheed di sisi Allah. Mungkin Allah memang jemput kekasih-kekasihnya selepas Muhammad s.a.w untuk jadi ahli jannah. Al-fatihah. Ukhti pernah terdengar tazkirah dekat radio IKIM.fm. Ustaz tu kata, bagi orang yang beriman, semasa dia meninggal, Allah panggil dia dengan panggilan seperti memanggil kekasih, lebih kurang macam panggilan manja lah. Hmm siapalah yang taknak kan. Semua orang memang matlamat nak jadi hamba yang soleh. Supaya dapat bertemu Allah, kekasih hati. 

O Allah, I am waiting for the call. I pray for the day when I can be near the Ka'ba walls..

Yang benar, ukhti su.