expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 5 June 2015

Crush

Assalamualaikum, semua.

Tajuk ni berat sangat. Bagi ukhti la kan. Sebab benda ni yang paling banyak influence anak2 remaja espc adik2 sekolah menengah. This post is dedicated to girls. Ukhti kenal hati korang. Korang semua mesti pernah ada crush, kan? Tipu lah kalau takde. Kalau betul2 takde, Alhamdulillah.. sayangnya Allah dekat kau, dik.😀. Crush ni time kita tengah betul2 minat dekat dia, semua yang ada dekat dia tu hebat lah di mata kita. Orang kutuk, kita dalam diam defend dia. Astaghfirullah. Dulu ukhti pun macam tu. Ingat ukhti tak tahu ke haa taktik korang usha crush. Buat2 pandang sekeliling macam cari something padahal sebenarnya nak lalu anak mata dekat crush. Cehh. Tapi akak sepupu ukhti pesan,

"Su, kan lagi indah kalau bercinta selepas nikah. Apa yang Allah kira dosa sebelum bernikah, semuanya halal selepas nikah. Kalau sebelum ni, kita pandang lelaki dapat dosa. Tapi bila pandang suami dapat pahala."

Okay. And she's married! To her CRUSH. haa ajaib kan. Let me call her, Kak Yumi (cuma nama rekaan). Kak Yumi ni dulu pernah minat dekat Abang sorang ni. Minat gitu2 aje. Abang ni baik sangat, memang ramai berkenan. Abang ni rapat dengan family Kak Yumi. Handsome? Tak pun. Kan agama tak bagi kita judge berdasarkan rupa? Satu hari, abang ni bertunang. Kak Yumi dapat berita tu, dia macam kecewa sikit. Tapi sikit je. Sebab dia yakin jodoh Allah pasti yang terbaik. Something happened, Abang tu tak jadi bernikah.

◆◆◆

Satu hari, Kak Yumi dapat call dari mak. Ya Allah, alangkah bahagianya ukhti bila dapat tahu Kak Yumi kesayangan ukhti tu dah nak bernikah! Ukhti amatlah terkejut bila tahu dia diikat dengan Abang tu. Ukhti nampak kuasa jodoh Allah. And im so impressed. Ukhti sangat kagum dengan prinsip Kak Yumi sebelum bernikah walaupun dah bertunang:

- No calls, only texts (hanya bertujuan taaruf)
- Takde panggilan manja etc sayang,dear and so on..
- Kak Yumi takkan mesej dulu, she only replies to his messages
-Tak update status FB kepada "engaged to"
- Tak ambil gambar bersama ( they had their very first photo lepas nikah)
- Tak berduaan, mesti bawak satu family time jumpa

Ni kisah benar. Ukhti kongsi sebab ukhti nak adik2 ukhti tahu betapa indahnya cinta Allah. Sekarang Kak Yumi ada seorang anak Alhamdulillah.

Yang benar, ukhti.

Wednesday, 3 June 2015

Baby

Hari tu, ukhti ada dengar yang bau baby ni bau syurga. Ish dah lah ukhti suka sangat dengan baby. Doakan ukhti dpat anak kembar ye. Ihiks. Ukhti memang jenis yang nakal nak kacau baby. Ukhti suka pandang diorang tidur. Nampak tenang. Ukhti jugak suka pegang kepala diorang sambil doa pada Allah moga dipermudahkan hidup mereka dan moga mereka tergolong di kalangan orang soleh! Aamiin!

cer ingat balik. APA janji kita dengan Allah? Waktu dalam perut ibu dulu? Haaa confirm lah takda siapa yang ingat. Kita lupa, kita dah janji lepas keluar je daripada dunia, kita akan cari Allah. sebab apa? sebab kita sendiri menyaksikan,

"أشهد ان لا إله إلّا اللّه. و أشهد انّ محمّد رسول اللّه"

Dah naik saksi tu. Allah tak pernah lepas janji Allah. Tapi kita lupa janji kita pada Allah. Kadang tu, ukhti penat, letih sangat nak move on dalam hidup. Tapi ukhti terfikir. Apalah hak ukhti nak putus asa. Allah tak pernah putus asa dengn ukhti yang banyak buat dosa ni. Allah Maha Sempurna.

Ukhti sayang Allah. Ukhti sayang agama Allah. Ukhti sayang Rasul Allah. Mana buktinya? Hm.




yang benar, ukhti.

Hari Tua

Assalamualaikum ikhwanii.

Hari ni, ukhti balik kampung. Ukhti balik2 je jeling jam dah pukul 5.17p.m. Allah. Teringat belum solat asar. So, ukhti pun cepat2 ambil wudhu. Selesai je, ukhti pergi bilik belakang. Nak pinjam telekung nenek. Ya Allah. Hiba hati ukhti. Ternampak nenek solat atas kerusi. Boleh berdiri, tapi tak boleh rukuk dan sujud macam biasa. Tak pasal2, jatuh air mata. Ukhti tak sedar cepatnya masa berlalu. Dulu, nenek sihat walafiat. Ukhti rasa nak peluk nenek, tapi nenek ukhti ni bukan jenis yang emo jiwang gitu. Nenek pernah cakap,

"Nenek ni punyalah sayang dekat anak cucu tapi susah naa nak tunjuk sayang. Korang kena manja dengan nenek dulu, baru nenek boleh balas."

Haa tu lah nenek ukhti. Memang garang macam singa tapi hati hmn lembut macam apa je. Ukhti sayang nenek sgt2 sebab nenek sebelah abah dah takde. Al-fatihah.

Kita ni sekejap je muda. Bayangkan satu hari nanti nak rukuk pun dah tak larat. Barulah sedar besarnya nikmat Allah.

Yang benar, ukhti.

Tuesday, 2 June 2015

Palestin

Assalamualaikum, ya muslimin.

Sebagai seorang muslimah, ukhti benar2 sayangkan negara Islam.Kenapa? Sebab kita kan SATU? Kadang2, ukhti cemburu dengan Palestinian. Adik ukhti ada cakap,

"Sebenarnya untung kan orang Palestin. Allah bagi cash masuk syurga. Diorang tahan sakit tu sekejap je. Lepas tu terus bahagia dekat syurga."

Untung kan? Kita dekat Malaysia ni sebenarnya yang jauh tersungkur Pecah belah, korupsi pemimpin, agama yang melayang entah ke mana. Mana pergi maruah Malaysians yang kononnya Negara Islam tu? Kita lupa pada Allah. Orang kat Palestin tu haa hari hari dok berjuang tentang musuh. Tu sebab ramai syaheed masuk syurga.

Kita? Status alim. Tapi berterabur gambar dekat insta. Tutup aurat tu memang tutup. Solat? Tak tentu lagi. Tak salah ada gambar dekat Instagram. As long as we know the limit. Jangan sampai menaikkan syahwat ajnabi. Niat pun kena betul. Hmm insyaAllah  manalah tau ada orang post gambar niat kerana Allah. Sebab nak tunjuk dekat orang indahnya bertudung labuh. Kan bagus.

Jom kita doakan sahabat Palestin, Syria, dan  seluruh umat deenul islam. At least nanti kalau Allah tanya, ada juga lah sumbangan kita. Al fatihah.







yang benar, ukhti.
R4BIA.