expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 28 December 2015

Ada tangis di sebalik senyum

MY ALL

Chapter 1: The Snow White.

The Snow White. Loves to smile, appreciates her friends, wiling to do anything so that the friendship lasts longer. Snow White ni banyak kali cakap dengan ukhti yang dia sayang dekat ukhti, sayang dekat kawan2 lain, and susah sangat nak tinggalkan sekolah. Dia kata dia jealous dengan apa yang ukhti ada (terutamanya ramai kawan) tapi.. hmm. Ukhti yang sebenarnya jealous dengan dia. :( Snow White pernah kehilangan orang yang paling bermakna dalam hidup dia. Sebab tu, dia takut sangat kalau2 orang yang dia sayang tinggalkan dia lagi. Snow White ni hati dia lembut, mudah nangis, tapi nampak ceria je depan orang. Kadang tu, dia tunjuk dekat ukhti dia sedih, but I had nothing to offer except motivations and support. Now, she seems stronger. She'll be fine, right? Without us. I hope so. Yes, I do hope so. 

Chapter 2: Jack Frost's Wife

Your story is going to be in letter-form. 

Dear Wife,

I am never worried about you. Okay. Sebab su ada feel yang Wife akan berjaya mana2 pun Wife pergi. Wife ni jenis yang matured, pandai buat keputusan, and you know what you want. You always know. Wife tahu apa yang terbaik untuk diri Wife. I envied that of course. Satu je. Wife suka sorok apa yang sebenarnya Wife rasa. Mungkin Wife sendiri tak sedar kot  tapi pleaseeee trust me. Just like balloon, you act strong. Wife memang kuat, tapi kalau Wife simpan lama2, takut satu hari nanti rasa burdened sangat. SO, please, su minta sangat2. Nanti, dekat tempat baru, carilah sorang kawan yang sanggup dengar Wife bebel, merungut, mengadu, menangis; unlike me. :( I wasn't there when you needed me. So. Promise me. You gonna find someone and make her your bestfriend, so that bila2 je Wife rasa lemah, she will be there.  Sebab apa Su cakap Wife suka sorok perasaan? Sebab tiap kali Wife cerita something dekat Su, even benda sedih, Wife tak pernah tunjuk dekat Su Wife lemah. Ingat lagi tak, Wife? Masa Su batuk teruk dekat kem, and you were there by my side, duduk dengan Su dekat belakang dewan, su sandar dekat bahu Wife, lepas tu Wife sandar dekat bahu su. And you were so mad sebab ramai tak dapat tangkap melodi nasyid yang ustaz nyanyi. Hahahahahaha. Itu salah satu memori yang su rasa paling precious dengan Wife sebab itu antara waktu paling panjang I spent with you. Thank You, Wife.

Your putterfish,
Jack Frost.

Chapter 3 bersambung nanti ye.


-ukhti-



Saturday, 26 December 2015

To: balloon

Sorry. You might think Im a stalker after u read this. Dear, belon. Ibu follow your blog just now, and ibu baca your posts and somehow ibu rasa bercampur baur. Sedih, lonely, and I cant even laugh even bila belon gurau dalam posts. Im sorry to write this in public, hahahaha but no one gonna read this anyway so yes, please read this.

Ibu sejujurnya tak tahu apa rasa sebenar  bila Allah tarik orang yang kita sayang. I dont know how u get through it. Baca blog belon pun ibu dah boleh nangis. You are so tough and strong. Ibu dapat rasa belon sunyi, sedih, even though you were trying so hard to look strong depan kitorang. Depan semua orang.  Ibu tahu, belon rindu kakak. Belon rindu nak share cerita dengan dia. Belon rindu nak kacau dia, gurau dengan dia, macam ibu dengan akak ibu.

Im very sure mesti banyak benda2 kecil yang boleh remind belon pada arwah kakak. And ibu yakin time belon tengah happy, gelak2, having fun, you wish she would be there by your side. Im sorry if I made you cry, because I too am crying. Im sorry dear sebab ibu takde bila belon perlukan sahabat. ibu takde bila belon perlu support. Ibu tak mampu nak hilangkan rasa sedih belon tuu.

Ibu tahu, belon hilang semangat nak blajar tu mesti ada kaitan dengan arwah kakak. She was your idol, wasn't she? Kuat ye sayang. Ibu dah tak boleh nak jumpa belon hari2, next year kita dua dah start busy.  :( oh my, Allah mesti sayang dekat belon, kan? At least, belon tahu yang belon sebenarnya kuat. You went beyond!

Nah, ibu tulis sajak ni special only for you laling. Sorry ayat tak berapa nak sastera. Muahahahahha. I   love you, and will always be.


Belon,
Terbanglah ke langit biru,
Bebaskan resahmu,
Bebaskan tangismu,


Belon,
Gapailah bintang,
Buat peneman duka,
Buat penawar jiwa,

Belon,
yakinilah sayang,

Tuhanmu mencintaimu,
Pinta syurga terbuka buatmu,
Rasulmu rindukan didrimu,
Andai engkau berjanji,

Allah Tuhanku. Muhammad rasulku.


-ukhti-


at lost

Assalamualaikum, blog. And to my one and only follower. :)

Honestly, ukhti start blogging bukan untuk publisisti, tapi sbb ukhti tak tau mana lagi nak share luahan ukhti. I know, bukan semua kita boleh public kan tapi ukhti betul2 dalam dilemma.

this is complicated. so tak perlu baca kalau tak berminat. hehehehehe.

Harini, ukhti tak nampak matlamat hidup ukhti. InsyaAllah, ukhti akan sambung belajar, get a nice job, marry someone insyaAllah, sampailah ukhti tua. Ukhti akan mula jadi sibuk dengan dunia bila dah start kerja nanti, nak kejar kesenangan, supaya anak2 hidup selesa. Like I did. but what comes after that? What should I do so that I can actually enter the Paradise, the Jannah? … sedangkan ukhti sibuk dengan dunia. Bak kata orang, kau kena balance kan duniawi dengan ukhrawi kau. How? How can I do that. I dont even know myself.

Ukhti sendiri belum tahu bakat ukhti, kelebihan ukhti, personaliti ukhti. Kadang2, ukhti cuba create personality baru, but I failed. Of course. That was not me. Ukhti tak nampak. Arah tuju ukhti. Ukhti tak tahu, apa lebihnya ukhti. Ukhti tak tahu. Apa nilai ukhti di sisi Allah.

Kan dah kata, jangan baca hahahaha. Mengarut je semua ni. I know I made life sounds complicated. But it is. And I believe, the Lord created me because He loves me. He introduced me to this world, to this cruel world, so that I realize that I can only depend on Him and so that I know that I am so blessed to be born as a Muslim. . Guide me, Ya Allah. to Your path.

i really need someone right now, oh myyyyyyy……..

Thursday, 5 November 2015

The blind us

  • Syarikat penerbangan kebanggaan negara tawarkan khidmat minuman alkohol dalam kapal terbang.
  • Gereja terbesar di Asia dibina di negara.
  • Duit zakat dimakan dan dimanfaatkan oleh pihak tertentu.
  • Cukai membebankan dengan dasar yang tidak kukuh.
  • Kelab-kelab malam dibina di bandaraya utama negara.
  • Artis wanita berpakaian seperti tidak berpakaian sehingga orang luar keliru dengan agama mereka.
  • Artis yang mengaku Islam memuat naik gambar berbikini.
  • Wanita negara membawa imej tidak bertudung.
  • Filem-filem membawa imej Islam tidak menjaga batas lelaki dan perempuan.
Ini bukan sejarah zaman Arab jahiliah tau. Hehe. Kalau soalan sejarah Tanya sejauh mana rakyat Malaysia mengambil iktibar dari zaman Jahiliyyah, nah ambil tu. Akak dah bagi skema jawapan. (gurau jee)
 
Rasulullah faced many things, you know, many things! For you. He (SAW), did everything he could to save you from An-naar (the hell).
 
He, with the help from The Almighty, guided you to a lifestyle of Al-Quran and as-sunnah. Because he wanted to see us all, in Jannah. And you are wrong, totally wrong, to say that you have your own way to live your life. There is no other way that promise you Jannah beside AL-Quran and as-sunnah. You yourself , should know. What brings you close to Allah, is good for you. What brings you further from Him. the Ar-rahman, is bad for you.
 
It is okay if  you don't know anything much about Islam now, I myself have no idea what Islam really is. Because I am so lack of knowledge, lack of understanding. It is my fault, okay. Don't blame my religion.
 
I  need to learn so many more. But I want to know my God. The Most Beloved. He, who created me and you. He, who  pulled me away from all temptations when I was about to fall, He, who promised me and you Jannah if we put him first before all.
 
I see perfection in my deen, and I couldn't find even one little mistake in Allah's law. Islam is not just about solah, fasting, making your Hajj, cover your aurah, but a lifestyle. The most perfect way to spend your dunya. The dunya is so temporary as everything is just passing away like pfffff, gone!
The question is, how are we going to make the most out of everyday?
 
Well, go search your answer. Now, here is a piece of advice(shhh this is a secret). Find Allah, you'll find the answer. Start from below, and you'll be on the peak once you know Allah. Lets search for His love together. And may we meet there in jannah.  Aamin.
 
-ukhti su- (maafkan broken englishku)
 

Tuesday, 13 October 2015

Inspired me

   Ukhti jatuh hati dengan this anime film. Memaparkan kisah hidup seorang wanita muda yang kematian suaminya, dan terpaksa membesarkan dua anak (campuran serigala) sendirian. She faced a lot of challenges! Tapi, senyum tak pernah hilang dari bibir, sebab selalu berpegang pada pesan mendiang bapanya. Hana, terpaksa hidup susah membesarkan Yuki dan Ame. Very inspring tau cerita ni. Haaa tak tau lah nak cakap apa. Meleleh air mata ni. Hana tak pernah salahkan siapa2 atas nasib dia, tak pernah putus asa, susah2 pun tetap sayang dekat anak2. Bayangkan! Anak sakit pun susah nak decide, nak bawa ke klinik haiwan atau klinik biasa.

   Tabahnya seorang ibu. Itulah kan, Allah memang sayang dekat kaum Hawa ni. Penuh kasih dan sayang. Movie ni memaparkan ketabahan seorang ibu yang sebenarnya amat dituntut dalam Islam. Deen kita mengajar erti jihad pada jalan Allah. Simple things lah sebenarnya kadang2 satu bentuk jihad yang paling ikhlas. So, beruntunglah kami2 ni kaum Hawa. :) 


Home is where your Mom is




Satu Muharram


Moga bermanfaat.

Monday, 21 September 2015

Alam

Tuhan,

Kau ciptakan kami angin,
buat pendamai hati,

Kau ciptakan kami pepohon,
buat penyejuk mata,

Kau ciptakan kami langit biru,
buat penenang jiwa,

Allah,

Saat kami alpa,
saat kami lagha,

Kau kirimkan cahaya,
agar kami dekat padaMU.

Saat kami gigih menuntut,
ilmu dan makrifatMU,

Kau kirimkan malaikat,
buat payung dan teduhan,

Rabbi,

Kami hina,
Serendah-rendah hamba,

Kerna cinta,
Kau anugerahkan alam,

Kerna kasih,
Kau cipta bintang dan bulan,

Kau lah seindah-indah zat,
Allahu,


Hambamu






Sunday, 20 September 2015

dakwah tanggungjawab bersama

Nabi Muhammad s.a.w tak pernah sedikit pun berputus asa dengan umatnya. Nabi sayang sangat pada kita. Cuba bayangkan, ada seorang anak yang berlari ke arah api. Kemudian, ibunya memeluk anak itu sekuat-kuatnya. Walaupun si anak pukul ibu, walaupun si ibu dah luka, berdarah, si ibu masih pegang si anak. Begitulah ulama' gambarkan sayangnya Nabi pada kita. Nabi pegang kita kuat2 supaya kita tak jatuh ke neraka. Rasulullah terlalu inginkan umatnya berpegang dengan agama Allah. Itulah sebabnya kita perlu teruskan perjuangan Rasulullah. sollallahu alaihi wasallam. Bayangkan perasaan Rasulullah dulu, apabila ada yang memeluk Islam, sudah tentu Rasulullah berasa sangat gembira.

Rasulullah amat sedih kerana bapa saudaranya yang tercinta, Abu Tholib, tak sempat mengucap syahadah. Ukhti ada tonton satu rancangan. Ustaz tu kata, sebesar-besar nikmat di dunia ialah bila kita kenal Allah. Bila kita boleh sebut nama Allah. Bila kita dengar nama Allah. Alangkah ruginya kalau seorang insan itu meninggalkan dunia ni tanpa kenal Allah.

Jadi, ukhti nak pesan sikit. Nasihat untuk diri ukhti, dan untuk semua insyaAllah. Kita, sebagai umat Muhammad s.a.w, selalu-selalu lah mendoakan sahabat2 kita yang masih belum kenal Allah (orang bukan Islam) supaya Allah buka pintu hatinya, supaya Allah beri kesempatan kepada mereka untuk kenal Allah. Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasululullah. Jom kita kongsi syurga sama2. Tak rugi pun, malah Allah dan rasulNYA amat kasih pada orang yang suka berdoa.

Ya Allah, bukalah hati sahabat-sahabatku,
Moga mereka sempat mengenalMU,
sempat mengucap syahadah,
kenal pada MU,
mencintaiMU,
mencintai RasulMU,
Kau tambahkanlah Ya Allah,
saudara2 seislam kami,
agar kami boleh terus,
memikul panji Rasulullah s.a.w,
hingga ke akhir hayat.

Aaamiin.

Kalau saudara saudari semua berkesempatan untuk jumpa dengan rakan-rakan yang berminat dengan agama kita, pimpinlah mereka. Berjihadlah demi Allah. Subhanallah, besarnya pahalamu, saudara. Andai engkau berjaya mengislamkan seorang saudara.


Saturday, 19 September 2015

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Ukhti geram sangat dengan certain people yang bertindak ikut sedap hati. Tak fikir pun kesannya pada orang lain. Okay the issue is, bila ada sekelompok atau satu group lah kiranya yang support A. And ada juga group yang support B. Kita semua tahu terang2 lagi memang A berada pada pihak yang betul. Tapi, disebabkan tindakan seorang dari pihak A yang entah hape hape, menyebabkan pihak B nampak betul. Kita ni apa2 pun, apa pun yang kita sokong, jagalah adab tatasusila tu. Tunjukkan peribadi yang baik. Dengar opinion setiap pihak. And try to solve it in the best way. Buat apa kita memaki, mencarut, serang orang sana sini, pukul orang, semata-mata nak tunjuk yang kita ni betul. That's totally wrong.

Sunday, 13 September 2015

Labbaikallahumma labbaik


Innal hamda wanni'mata laka walmulk la sharika laka labbaik
Surely all praise, grace and dominion is Yours, no partner have You, here I am

Irfan Makki - Waiting For The Call (highly recommended to motivate you)

Tanah haram, Masjidil Haram yang pusatnya kiblat seluruh umat Islam. Uishh. Kalau nak cerita pasal hajat ukhti nak ke sana, memang tak muat lah satu post. Tiap kali dengar 'labbaykallahummalabbayk' memang terharu sangat. Apatah lagi bila tengok siaran live dekat TV Alhijrah. Nampak ada yang beruntung dapat sentuh dinding Kaabah. (dapat pergi tu pun dah rezeki besar dah tuu). Seronoknya Ya Allah jadi tetamu Rabb. Dapat jejak ke Noble House. Setakat nampak dari jauh je. Dari tv. O Allah, I am waiting for the call :(..

Berkaitan dengan tragedi yang menimpa jemaah haji tahun ni, (berkaitan kren tumbang akibat ribut pasir) memang menyayat hati. InsyaAllah, semuanya gugur syaheed di sisi Allah. Mungkin Allah memang jemput kekasih-kekasihnya selepas Muhammad s.a.w untuk jadi ahli jannah. Al-fatihah. Ukhti pernah terdengar tazkirah dekat radio IKIM.fm. Ustaz tu kata, bagi orang yang beriman, semasa dia meninggal, Allah panggil dia dengan panggilan seperti memanggil kekasih, lebih kurang macam panggilan manja lah. Hmm siapalah yang taknak kan. Semua orang memang matlamat nak jadi hamba yang soleh. Supaya dapat bertemu Allah, kekasih hati. 

O Allah, I am waiting for the call. I pray for the day when I can be near the Ka'ba walls..

Yang benar, ukhti su.


Saturday, 15 August 2015

Balloon.

Lon. I called her that. Kali ni, ukhti nak ceritakan satu fairytale. Of an angel. (based on true story, not a tale actually hehe)

Okay. Bismillah. In the name of Allah. The most Gracious. The most Merciful.

Hmm. Nervous nak start becerita tentang insan yg sangat ukhti kagumi. Okay. Ukhti first time jumpa dengan Lon ni tahun lepas. Ukhti takut nak dekat dengan dia. Sebab dia nampak warak sangat. (rasa tak layak). But i donno how we ended up being so close to each other. And of course, ukhti jatuh cinta dengan peribadi dia. Sangat soft-spoken, humble, sporting, cintakan agama, and cintakan ilmu. Tapi dia ni kelakar. Selalu je buat orang gelak, rasa hilang bila dia tak datang, sayang dekat dia. One day, kitorang duk borak dengan beberapa org kawan yang lain. and suddenly, we talked about family.

"Eh. Korang rapat tak dgn adik beradik korang?" Ukhti tanya kawan2.

Masing2 cerita ada yang tak ngam dengan adik2, ada yang rapat dgn abang, ada yg menyampah dengan siblings. tapi ahha of coz, sayang tu tetap sayang.

"Hmm. Su rapat dengan kakak. Rapat gila. Everything kitorang share. Time dia ada gaduh, time takda rindu.."

Lon tetibe excited and cakap dia sama macam ukhti. Rapat gila dengan kakak dia. Kitorang mulalah share macam2 cerita pasal hubungan dengan kakak and we actually have many things in common. :)

Malam tu.

Dalam group whatsapp kelas, Lon hantar text yang buat semua orang terkejut. Wordless.

'Korang.. doakan kakak kita.. Dia tengah nazak. Kita dekat hospital ni.'

And dia dah tak online. Kitorang tertanya tanya khabar kakak dia. Ukhti doa sangat2 time tu moga Allah sembuhkan kakak dia. Sebab ukhti ada kakak macam Lon. Umur kakak Lon sama dengan kakak ukhti. Kakak ukhti dengan kakak Lon study tempat sama. I know that feelings!

Esok tu, ustazah bagitahu kakak Lon meninggal dunia. Beberapa hari berlalu, Lon still tak dtg skolah. Satu hari, dia serang ukhti dekat ask.fm. Dia kata dia sedih sangat kakak dia dah takde. But still, dia happy sebab kakak dia meninggal dengan cara yang sgt elok. Dia kata, dia sendiri nampak orang berebut-rebut nak solatkan jenazah arwah. Lon siap share lagi dengan ukhti apa yang kakak dia amalkan beberapa bulan (atau beberapa minggu, not sure) sebelum dia meninggal.

Tak pernah putus zikir. Banyak solat sunat. Rajin berdoa pada Allah. Selalu baca Al-Quran dan mathurat. Tak pernah miss ibadah sunat and wajib setiap hari. Arwah sakit. Dalam keadaan beliau ingat pada Allah. Maka, Allah pun ingat padanya.

Well, kak Angel. I fell in love with you even you are no longer here, with us. anymore. Never met you and will never meet you here in dunya. But insyaAllah, su akan cari akak di jannah nanti. Aaamiin!

Al-fatihah. Akak ZNN.

Yang benar, ukhti.



sunshine..


" Pergi mana2 mesti pakai stokin. Tudung tu melekat je dekat kepala sepanjang hari. Labuh lak tu. Tak rimas ke. Nak cuci pinggan lagi. Nak tolong mengemas lagi. Handsock yang paling tak tahan tu. Haih!"


A conflict i have to face setiap kali balik kampung. Yes. My superaunties memang sentiasa supportive. Dah macam mak sendiri. Tapi kadang tu diorang pun rimas tengok kitorang (cousins and I) sebab hahahaha boleh kata 18 hours bertudung. Lengan panjang. Berstokin. One day, our uncle asked us one simple deep question.

"Eh. Kenapa korang sekarang dah tak salam aku ek?" (Dengan uncle J, panggilan 'aku' tu mesra, bukan kurang ajar)

"Lahh. Bukan muhrim la." kakak sepupuku menjawab. And we all guna nada gurau supaya Cik J tak terasa.

"Muhrim laa. Aku kan laki makcik kau."

"Tak lah, Ciik J.." aku sengih.

"Okay. Kejap ye." Kakak sepupu aku yg sorang lagi berkejar ambil hp dia and cepat2 mesej ustazah dia.

Ustazah pun reply,

Cuma pakcik seibu sebapa je yang muhrim . Adik beradik kandung mak dan ayah. Yang lain semua ajnabi. Sepupu pun bukan muhrim.

Cik J baca mesej tu and he just smiled. Sejak tu, dia dah paham. Dia tak pernah hulur tangan untuk salam lagi. Tak pernah tegur pasal tudung kitorang yang labuh tu. Fair and square.

So. Kak Su nk korang tahu, kadang tu orang bukannya menyampah tengok kita tutup aurat, jaga batas.. Cuma! Diorang tak tahu and perlu diberitahu. THAT IS OUR JOB! to let them know.

Berkaitan dengan tajuk post ni. Hihi. Bagi akak, gadis yg sempurna menutup aurat bagaikan sunshine. Yang bersinar and bagi cahaya dekat semua orang. Tapi orang susah nak dekat, and susah nak capai. And dia bawa benefit dengan semua orang. Hmm.

Yang benar,
UKHTI SU.

ps: doakan ukhti dapat bertemu Nouman Ali Khan. :(






Friday, 5 June 2015

Crush

Assalamualaikum, semua.

Tajuk ni berat sangat. Bagi ukhti la kan. Sebab benda ni yang paling banyak influence anak2 remaja espc adik2 sekolah menengah. This post is dedicated to girls. Ukhti kenal hati korang. Korang semua mesti pernah ada crush, kan? Tipu lah kalau takde. Kalau betul2 takde, Alhamdulillah.. sayangnya Allah dekat kau, dik.😀. Crush ni time kita tengah betul2 minat dekat dia, semua yang ada dekat dia tu hebat lah di mata kita. Orang kutuk, kita dalam diam defend dia. Astaghfirullah. Dulu ukhti pun macam tu. Ingat ukhti tak tahu ke haa taktik korang usha crush. Buat2 pandang sekeliling macam cari something padahal sebenarnya nak lalu anak mata dekat crush. Cehh. Tapi akak sepupu ukhti pesan,

"Su, kan lagi indah kalau bercinta selepas nikah. Apa yang Allah kira dosa sebelum bernikah, semuanya halal selepas nikah. Kalau sebelum ni, kita pandang lelaki dapat dosa. Tapi bila pandang suami dapat pahala."

Okay. And she's married! To her CRUSH. haa ajaib kan. Let me call her, Kak Yumi (cuma nama rekaan). Kak Yumi ni dulu pernah minat dekat Abang sorang ni. Minat gitu2 aje. Abang ni baik sangat, memang ramai berkenan. Abang ni rapat dengan family Kak Yumi. Handsome? Tak pun. Kan agama tak bagi kita judge berdasarkan rupa? Satu hari, abang ni bertunang. Kak Yumi dapat berita tu, dia macam kecewa sikit. Tapi sikit je. Sebab dia yakin jodoh Allah pasti yang terbaik. Something happened, Abang tu tak jadi bernikah.

◆◆◆

Satu hari, Kak Yumi dapat call dari mak. Ya Allah, alangkah bahagianya ukhti bila dapat tahu Kak Yumi kesayangan ukhti tu dah nak bernikah! Ukhti amatlah terkejut bila tahu dia diikat dengan Abang tu. Ukhti nampak kuasa jodoh Allah. And im so impressed. Ukhti sangat kagum dengan prinsip Kak Yumi sebelum bernikah walaupun dah bertunang:

- No calls, only texts (hanya bertujuan taaruf)
- Takde panggilan manja etc sayang,dear and so on..
- Kak Yumi takkan mesej dulu, she only replies to his messages
-Tak update status FB kepada "engaged to"
- Tak ambil gambar bersama ( they had their very first photo lepas nikah)
- Tak berduaan, mesti bawak satu family time jumpa

Ni kisah benar. Ukhti kongsi sebab ukhti nak adik2 ukhti tahu betapa indahnya cinta Allah. Sekarang Kak Yumi ada seorang anak Alhamdulillah.

Yang benar, ukhti.

Wednesday, 3 June 2015

Baby

Hari tu, ukhti ada dengar yang bau baby ni bau syurga. Ish dah lah ukhti suka sangat dengan baby. Doakan ukhti dpat anak kembar ye. Ihiks. Ukhti memang jenis yang nakal nak kacau baby. Ukhti suka pandang diorang tidur. Nampak tenang. Ukhti jugak suka pegang kepala diorang sambil doa pada Allah moga dipermudahkan hidup mereka dan moga mereka tergolong di kalangan orang soleh! Aamiin!

cer ingat balik. APA janji kita dengan Allah? Waktu dalam perut ibu dulu? Haaa confirm lah takda siapa yang ingat. Kita lupa, kita dah janji lepas keluar je daripada dunia, kita akan cari Allah. sebab apa? sebab kita sendiri menyaksikan,

"أشهد ان لا إله إلّا اللّه. و أشهد انّ محمّد رسول اللّه"

Dah naik saksi tu. Allah tak pernah lepas janji Allah. Tapi kita lupa janji kita pada Allah. Kadang tu, ukhti penat, letih sangat nak move on dalam hidup. Tapi ukhti terfikir. Apalah hak ukhti nak putus asa. Allah tak pernah putus asa dengn ukhti yang banyak buat dosa ni. Allah Maha Sempurna.

Ukhti sayang Allah. Ukhti sayang agama Allah. Ukhti sayang Rasul Allah. Mana buktinya? Hm.




yang benar, ukhti.

Hari Tua

Assalamualaikum ikhwanii.

Hari ni, ukhti balik kampung. Ukhti balik2 je jeling jam dah pukul 5.17p.m. Allah. Teringat belum solat asar. So, ukhti pun cepat2 ambil wudhu. Selesai je, ukhti pergi bilik belakang. Nak pinjam telekung nenek. Ya Allah. Hiba hati ukhti. Ternampak nenek solat atas kerusi. Boleh berdiri, tapi tak boleh rukuk dan sujud macam biasa. Tak pasal2, jatuh air mata. Ukhti tak sedar cepatnya masa berlalu. Dulu, nenek sihat walafiat. Ukhti rasa nak peluk nenek, tapi nenek ukhti ni bukan jenis yang emo jiwang gitu. Nenek pernah cakap,

"Nenek ni punyalah sayang dekat anak cucu tapi susah naa nak tunjuk sayang. Korang kena manja dengan nenek dulu, baru nenek boleh balas."

Haa tu lah nenek ukhti. Memang garang macam singa tapi hati hmn lembut macam apa je. Ukhti sayang nenek sgt2 sebab nenek sebelah abah dah takde. Al-fatihah.

Kita ni sekejap je muda. Bayangkan satu hari nanti nak rukuk pun dah tak larat. Barulah sedar besarnya nikmat Allah.

Yang benar, ukhti.

Tuesday, 2 June 2015

Palestin

Assalamualaikum, ya muslimin.

Sebagai seorang muslimah, ukhti benar2 sayangkan negara Islam.Kenapa? Sebab kita kan SATU? Kadang2, ukhti cemburu dengan Palestinian. Adik ukhti ada cakap,

"Sebenarnya untung kan orang Palestin. Allah bagi cash masuk syurga. Diorang tahan sakit tu sekejap je. Lepas tu terus bahagia dekat syurga."

Untung kan? Kita dekat Malaysia ni sebenarnya yang jauh tersungkur Pecah belah, korupsi pemimpin, agama yang melayang entah ke mana. Mana pergi maruah Malaysians yang kononnya Negara Islam tu? Kita lupa pada Allah. Orang kat Palestin tu haa hari hari dok berjuang tentang musuh. Tu sebab ramai syaheed masuk syurga.

Kita? Status alim. Tapi berterabur gambar dekat insta. Tutup aurat tu memang tutup. Solat? Tak tentu lagi. Tak salah ada gambar dekat Instagram. As long as we know the limit. Jangan sampai menaikkan syahwat ajnabi. Niat pun kena betul. Hmm insyaAllah  manalah tau ada orang post gambar niat kerana Allah. Sebab nak tunjuk dekat orang indahnya bertudung labuh. Kan bagus.

Jom kita doakan sahabat Palestin, Syria, dan  seluruh umat deenul islam. At least nanti kalau Allah tanya, ada juga lah sumbangan kita. Al fatihah.







yang benar, ukhti.
R4BIA.